AHLAN WASAHLAN..

Saturday, November 27, 2010

MUSLIMAH Solehah

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah"- (Hadis Riwayat Muslim)

Wanita ibarat bunga,cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara. Yang kekal menjadi pujaan manusia,hanyalah wanita yang mulia akhlaknya kerana akhlak itu umpama bunga diri. Tiada guna berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu.

Ibarat bunga ,ada yang cantik apabila dipandang tetapi busuk baunya. Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan. Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar tetapi apabila dihalusi dengan mata hati ternyata amat tinggi nilainya.

Wanita adalah makhluk Allahyang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak ditangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat dipandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah..

Kerana itulah,sebagai anak dia menjadi anak yang solehah. Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah,sebagai isteri dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya,sebagai ibu dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang dan pastinya sebagai hamba  Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-NYA yang Maha Esa..

Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah...

Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud... "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."


Wanita Menurut Perspektif Islam

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah).

Allah telah berfirman, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." An-Nisaa : 124

Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : "Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." HR At-Tirmidzi

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud.... "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." HR Al-Bukhari dan Muslim.

Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri mereka dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

WALLAHU A'LAM..

No comments:

Post a Comment